Thursday, March 02, 2006

Kursus Pengeluaran & Pengendalian Herba




PEGAWAI PERUNDING HERBALISMA HADDAD MARKETING MENGIKUTI KURSUS HERMA DI MARDI.

Baru-baru ini, konsultan herba telahpun berjaya mengikuti kursus INDUSTRI HERBA bertempat di MARDI SERDANG. Semoga ia mampu menyemarakkan lagi industri herba di Malaysia hendaknya, InsyaAllah.

Di bawah ini disertakan secara ringkas maklumat mengenai latihan di Mardi (petikan dari

laman web Mardi).

LATIHAN DAN KURSUS

Skop dan aktiviti masakini
Program Latihan MARDI menawarkan latihan dan khidmat perundingan latihan dalam bidang pertanian dan makanan. MARDI mempunyai kakitangan seramai lebih kurang 400 pegawai penyelidik dari pelbagai bidang sains dan teknikal serta kepakaran. Ini disokong oleh infrastuktur yang agak lengkap serta rangkaian dengan pakar-pakar pada peringkat nasional dan antarabangsa. Institut berupaya memberi latihan dan khidmat perundingan latihan yang bermutu tinggi kepada pelanggan tempatan, antarabangsa dan serantau.

Khidmat latihan :
§ Mengendalikan kursus (berjadual/luar jadual)
§ Menyediakan tenaga pengajar/fasilitator
§ Menguruskan kursus sangkut (sandaran)

Perkhidmatan perundingan latihan :
§ Membuat analisis keperluan latihan
§ Membuat perancangan latihan
§ Menyediakan modul dan mereka bentuk kursus

Pelanggan :
§ Para usahawan dan bakal usahawan dalam bidang industri pertanian dan makanan
§ Kakitangan agensi pembangunan pertanian
§ Kakitangan agensi swasta dalam bidang industri pertanian dan makanan
§ Ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
§ Kakitangan institusii R&D dan pengajian tinggi (IPT)
§ Orang awam

Kami juga bersedia untuk memberikan perkhidmatan latihan yang lebih khusus mengikut keperluan agensi/ pertubuhan.

Permohonan untuk mengikuti kursus berjadual
§ Tawaran akan dibuat melalui iklan dalam akhbar tempatan, pengedaran brosur dan media elektronik.
§ Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan (MD/PPT/1). Borang permohonan boleh didapati dengan percuma di Pusat Perkhidmatan Teknikal (u.p. Program Latihan) MARDI, Serdang, Selangor atau mana-mana pejabat Pengarah MARDI Negeri (bagi Sabah dan Sarawak), Pegawai MARDI Negeri dan Pengurus Stesen MARDI yang berhampiran. Borang fotostat boleh digunakan.
§ Kembalikan borang yang telah lengkap diisi selewat-lewatnya 30 hari sebelum kursus berkenaan bermula.
§ Bagi permohonan di kalangan pegawai/kakitangan agensi/jabatan kerajaan, kelulusan yang sah dari Ketua Jabatan adalah diperlukan.
§ Menandangkan permintaan untuk mengikuti kursus anjuan Pusat ini begitu menggalakkan, kami berhak untuk memenuhi permintaan yang terdahulu serta mengikut syarat yang diperlukan. Keputusan pemilihan adalah muktamad.

KEMBALI KE LAMAN UTAMA KOPIKURMA

www.kopikurma.blogspot.com